Wednesday 19 November 2008

Rentetan Ringkas Kehidupan Saya

31/05/76 : lahir

1992/1993 : SPM(V) automotif dan SKM asas ( tak ada kertas seni )

1994 : tingkatan 6 ( 4 bulan je)

1994/1995 : Akademi Saga (EON) di shah alam

1995 hingga 1997: Mekanik di pusat servis EON Gleanmary Shah Alam

1996/1997 : ambil Kursus Luar Kampus ITM Shah Alam ( Dip. Kej. mekanikal) tak habis pun sebab masuk maktab

1997- 2000 : Dip. perguruan Malaysia (Maktab Perguruan Kota Bharu) kursus Pengajian Melayu/Kemahiran Hidup

2000- skrg : mengajar di Sk Taman Universiti 1 ( BM, KH, PSV, PJK )

2001- sekarang : ketua Panitia Seni hingga sekarang ( belajar sendiri segalanya)

2001 : Dapat ilham buat Kayuliat. Buat karya yang kurang unsur artistiknya sebab tak pernah belajar pun tentang tu

2002 : kayuliat menjadi lebih mantap

2003 : kayuliat proses membuatnya lebih mudah.

2003 : mohon PKPG (x dapat) Maktab Perguruan Melayu Melaka

2004 : mohon PKPG (x dapat) Maktab Perguruan Batu Pahat

2005/2006 : Sijil Perguruan Khas (kspk) Pendidikan Seni Visual Maktab Perguruan Kuala Terengganu ( baru kenal unsur seni, water colour, akrilik, cat minyak dan sebagainya ) mata hati baru terbuka.

2005 : Menang saguhati antara 8 terbaik pertandingan Citra Terengganu. Keyakinan diri dalam bidang seni bermula

2006 : pameran di hotel primula terengganu

2006 : pameran lanskap malaysia ( balai seni lukis negara )

7/2006 : kembali ke sekolah yang sama sk taman universiti 1

2007 : mula aktif di johor Menganjur Sendiri Pameran relief painting di dangga bay street mall ( pamerkan karya saya dan anak murid selama 1 bulan)

2007 : pameran di Hotel Mutiara JB selama 2 bulan ( uji diri/karya untuk tatapan masyarakat) buat demo hampir setiap hari balik sekolah pukul 5 petang hingga 12 malam ( letih )

2007 : Berbincang dengan Pihak MBJB untuk projek komuniti Seni di HutanBandar ( disokong sepenuhnya )

2007 : Menganjur Preview Seni @ hutanbandar Kali pertama ( berjaya mengumpul 13 orang pelukis )

2007 : Pameran Exhibition of Malaysia Art Competition- Renewed Group & Johor Art Society

2008 : mewujudkan program demontrasi seni setiap hujung minggu di Hutanbandar ( hasrat untuk kumpul semua pengiat seni berkumpul dan berkarya di hutanbandar ) beri peluang kepada sesiapa yang minat seni untuk uji tanggapan masyarakat pada karyanya secara percuma.

2008 : Menganjur Pameran Sempena Keputraan Sultan Johor di Hutanbandar

2008 : Pameran Pelukis-pelukis Malaysia - Galeri Mawar JB

2008 : Program Merakyatkan Seni di Batu pahat- KEKWA

2008 : Program Merakyatkan Seni di Segamat - KEKWA Pameran Terbuka Galeri Shah Alam

2008 : Mengikuti program Pensiswazahan guru sekolah rendah (PGSR) kursus semasa cuti di Institut Pendidikan Guru Kampus Cawangan Tun Hussein Onn, Batu Pahat

1 comment: