Wednesday 29 October 2008

relief painting kayuliat

Pada tahun 2001, saya telah mula mengkaji media baru dalam menghasilkan karya saya. Media yang saya gunakan adalah daripada habuk kayu yang saya proses menjadi seperti doh atau tanah liat.
  • Beberapa tahun pertama saya menghadapi beberapa masalah dengan penggunaan media tersebut seperti merekah dan sukar untuk dibentuk. namun begitu beberapa tahun kebelakangan ini media itu telah menjadi lebih baik dan tahan diuji.
  • Fungsinya seperti tanah liat dan plastisin, namun baiknya media yang saya namakan sebagai kayuliat ini lebih mudah penggunaanya berbanding tanah liat. Jika tanah liat memerlukan pembakaran untuk ia menjadi benar-benar keras. Sebaliknya kayuliat yang Allah ilhamkan pada saya ini hanya perlu terdedah pada suhu bilik untuk menjadi keras.
  • Kayuliat ini lebih elastik dan tidak mudah pecah sekiranya jatuh seperti tanah liat atau seramik. Apa yang lebih menarik, media ini tidak perlu dibakarkan untuk keras, memadailah dibiarkan terdedah pada udara.
  • Kayuliat ini juga boleh disimpan lama dan tidak keras di dalam bekas kedap udara.
  • Saya telah mendedahkan karya saya menggunakan media ini pada khalayak umum. Pendedahan pertama saya adalah dalam pertandingan Citra Terengganu anjuran Muzium Negeri Terengganu pada tahun 2005. Dalam pertandingan tersebut karya saya telah mendapat anugerah antara 8 karya terbaik. Anugerah tersebut telah menguatkan semangat saya untuk terus meneroka media kayuliat.
  • Pada tahun 2006 karya saya telah terpilih untuk menyertai pameran di Hotel Primula Kuala Terengganu dan Pameran Landskap Malaysia 2006 anjuran Balai Seni Lukis Negara. Walaupun karya saya terpilih dan dokumentasikan dalam buku pameran, malangnya tiada ulasan diberi kepada karya saya yang saya katogerikan sebagai relief painting atau catan timbul. Mungkin kerana tiada maklumat yang mencukupi tentang karya saya lantas tiada komen atau pandangan diberi terhadap karya saya.
  • Sekali imbas karya saya mungkin dipanggil sebagai 'assemblge' atau menampal benda sebenar di atas panel atau kanvas. saya tidak menampal benda sebaliknya saya membentuknya di atas panel. Mungkin kerana bentuknya yang seperti benar membuatkan mereka mengatakanya 'assemblge' namun apa yang jelasnya ia berbeza dari segi penggunaan meterial atau prosesnya. Itulah cabarannya.
  • Apabila saya mengkatogerikan karya saya sebagai 'painting; atau catan, timbul juga kekeliruan apabila bentuk karya saya adalah gabungan beberapa bentuk 3 D dan 2 D. Ini berlaku apabila saya menyertai pertandingan 'Malaysian Art Competition 2007 di Johor Bahru. Pada peringkat awalnya 2 karya catan relief saya terpilih untuk pameran pertandingan tersebut, namun keputusannya berubah apabila pihak penganjur takut mengklasfikasikan karya saya sebagai 'painting'. Nasib baik bersama 2 Karya catan relief tersebut saya sertakan juga satu oil paint semi abstrak dan karya oil paint saya ini terpilih untuk pameran tersebut.
  • Catan relief bukanlah satu karya yang baru, malah usianya juga telah lebih seribu tahun. Karya tersebut dihasilkan menggunakan meterial batu, kayu, seramik dan juga plaster. Jika ingin mendapat rujukan lebih tentang jenis karya ini, bolehlah rujuk dalam buku berjudul 'The Visual Dialogue' karya Nathan Knobler.
  • Catan relief ini adalah gabungan ciri seni catan dan seni arca, dan pada amnya kaedah pengambaran dan peraturannya adalah agak sama dengan kaedah seni catan. Antara karya yang boleh jadi rujukan ialah The Story of Jacob and Esau karya Lorenzo Ghiberti dari Itali pada tahun 1453. Selain itu karya berjudul Still Life with Musical Instruments oleh Jacques Lipchitz pada tahun 1918 yang bersifat sama seperti seni kubis hasil karya Pablo Picasso yang berjudul Pipe, Glass, Bottle of Rum tahun 1914. Semua contoh karya tersebut menggunakan media batu.
  • Hari ini jika anda mencari karya relief painting di internet. beribu karya relief painting yang akan anda lihat. namun bezanya karya mereka dengan karya saya ialah dari segi penggunaan media atau bahannya. Kebanyakan karya pelukis relief di seluruh dunia adalah menggunakan seramik, ukiran kayu, tampalan kad board atau papan lapis.
  • Saya akan terus berkarya menggunakan bahan kayuliat saya. Walaupun sukar di terima dan diragui, perjuangan akan tetap saya teruskan. penyelidikan dan penambahbaikan akan sentiasa saya lakukan.